KANE (kiri) menjaringkan gol Tottenham.  FOTO AFP
KANE (kiri) menjaringkan gol Tottenham. FOTO AFP
AFP

JOSE Mourinho mendakwa video pengadil bantuan (VAR) akan membuatkan penyokong membenci bola sepak selepas Tottenham menjadi mangsa gol kontroversi ketika tewas 1-3 kepada Sheffield United, awal pagi tadi.

United mendahului menerusi Sander Berge pada babak pertama di Bramall Lane.

Tetapi Tottenham dinafikan gol penyamaan apabila jaringan Harry Kane dibatalkan VAR selepas bola terlebih dahulu terkena tangan Lucas Moura yang pantas mengundang kemarahan pengurus Tottenham, Mourinho di tepi padang.

Lys Mousset dan Oli McBurnie menambah duka Mourinho dengan dua jaringan lagi selepas rehat.

Jaringan Kane lewat permainan gagal menyelamatkan Tottenham yang kini dalam bahaya terlepas slot Liga Juara-Juara musim depan.

Dalam musim Liga Perdana yang kerap dibayangi keputusan VAR, Mourinho berkata dia bimbang masa depan bola sepak jika sistem itu tidak diperbaiki.

McBURNIE (kiri) meraikan jaringan ketiga Sheffield. FORT AFP
McBURNIE (kiri) meraikan jaringan ketiga Sheffield. FORT AFP

"Saya profesional dalam kedudukan sekarang. Saya tak pernah merungut lelaki yang memegang wisel kerana ia bukan masalah pengadil sekarang," kata Mourinho.

"Ini permulaan segalanya. Saya rasa pengadil sepatutnya bertugas di atas padang dan mereka di dalam pejabat hanya perlu menyokong dan membantu.

"Itu sepatutnya. Pengadil yang tidak berapa bagus di atas padang, kita tidak boleh harapkan dia juga akan bagus di pejabat.

"Kita menuju arah salah untuk permainan cantik yang membuatkan penonton sukan melihatnya."

Pengurus Sheffield, Chris Wilder turut menyokong Mourinho dengan berkata: "Saya mempunyai banyak keputusan yang tidak memihak kami. Kami adalah juara tidak rasmi Eropah dalam keputusan VAR yang tidak menyebelahi kami.

"Saya boleh memahami kekecewaan pengurus mereka. Saya juga akan kecewa. Ia keputusan mengarut, ia tidak disengajakan."

Spurs kini sembilan mata di belakang Chelsea yang menduduki tangga keempat dan tujuh mata di belakang Manchester United di tangga kelima selepas kekalahan pertama sejak liga bersambung.

The Blades pula yang menang kali pertama dalam lima perlawanan melonjak dua mata mengatasi Tottenham di tangga ketujuh sekali gus menghidupkan harapan ke saingan Eropah.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2020 @ 9:19 AM