Ketua Eksekutif Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke. FOTO File AFP
Ketua Eksekutif Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke. FOTO File AFP
AFP

KETUA Eksekutif Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke memberi amaran bahawa Bundesliga mungkin 'makin malap' kecuali kerajaan Angela Merkel memberi jaminan musim bola sepak Jerman kembali disambung bulan depan disebalik pandemik Covid-19.

"Ia mengenai tidak lain daripada menyelamatkan bola sepak," kata Watzke kepaa Sky Sport News.

"Jika kami tidak bermain dalam tempoh beberapa bulan lagi, keseluruhan Bundesliga akan menjadi semakin malap. Ia tidak akan lagi ada dalam bentuk yang kami harus mengetahuinya."

Perjalanan liga terhenti di Jerman sejak 13 Mac lalu berikutan penularan wabak berkenaan, dengan juara bertahan Bayern Munich mengatasi empat mata daripada pasukan di tempat kedua Dortmund dalam carta liga.

Minggu lalu, Liga Bola Sepak Jerman (DFL) memberi bayangan mereka bersedia menyambung aksi bermula 9 Mei, dengan perlawanan dilangsungkan secara tertutup dan pemain diuji secara kerap bagi mengesan virus itu.

DFL masih memerlukan kebenaran daripada Chancellor Jerman Merkel dan pemimpin negara itu, yang dijadualkan bermesyuarat pada Khamis.

Beberapa ketua saintis dan penasihat kesihatan tidak bersetuju dengan perancangan Bundesliga untuk kembali di sambung berikutan pandemik itu.

Jerman merekodkan hampir 6,000 kematian Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 April 2020 @ 8:46 AM