Karl-Heinz Rummenigge
Karl-Heinz Rummenigge
AFP

Berlin: Seteru dalam saingan Bundesliga, Borussia Dortmund dan Bayern Munich kedua-duanya menolak perancangan untuk penganjuran Liga Super Eropah (ESL).

Semalam, 12 kelab berpengaruh di Eropah mengumumkan mengenai saingan Liga Super yang memperlihat satu kejohanan baharu yang berlangsung pada pertengahan minggu, tetapi tiada kelab Jerman yang terbabit.

"FC Bayern tidak terbabit dalam perancangan untuk menubuhkan Liga Super," kata pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge dalam satu kenyataan.

"Kami yakin struktur terkini dalam bola sepak yang memberi jaminan mempunyai dana boleh dipercayai."

Pengerusi Dortmund, Hans-Joachim Watzke pula berkata gabungan ahli Persatuan Kelab Eropah (ECA) sudah mengadakan pertemuan semalam dan menyatakan pendapat "jelas untuk menolak penubuhan Liga Super."

Tambahnya, dua kelab Jerman berada dalam jawatankuasa ECA, Bayern dan Dortmund, mengambil '100 peratus' kedudukan yang sama 'dalam semua perbincangan'.

Kenyataan itu memberi gambaran jelas bahawa tiada di antara dua kelab gergasi Jerman itu akan menyertai liga berasingan, yang diumumkan semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 April 2021 @ 8:30 AM