Messi (tengah) bersama dua anak lelakinya.
Messi (tengah) bersama dua anak lelakinya.
Agensi

LIONEL Messi mendedahkan anak lelaki sulungnya, Thiago sangat meminati Cristiano Ronaldo.

Kanak-kanak berusia tujuh tahun itu, yang mengkritik bapanya selepas mempamerkan prestasi buruk, kerap bertanya mengenai bintang Juventus itu.

Bintang Barcelona itu mempunyai tiga anak lelaki bernama Thiago, Mateo dan Ciro hasil perkongsian hidup bersama isteri, Antonella Roccuzzo.

Ketika satu temu bual bersama Mundo Deportivo, pemain berusia 32 tahun itu mendedahkan anak sulungnya adalah peminat utama pencabarnya dalam Ballon d'Or itu.

Katanya : “Dia banyak bercakap mengenai Luis (Suarez), dengan siapa kami mempunyai hubungan yang baik, mengenai (Antoine) Griezmann dan Arturo (Vidal) sejak hari pertama kerana gaya rambut dan perkara lain.

Cristiano Ronaldo idola ramai pemain bola sepak muda. FOTO File AFP
Cristiano Ronaldo idola ramai pemain bola sepak muda. FOTO File AFP

“Juga mengenai orang dari luar, (Kylian) Mbappe, Cristiano (Ronaldo), Neymar.

“Ya, Thiago mengenali mereka semua, dia bertanya soalan dan saya menyukainya.”

Tapi perkara sama tidak dapat diperkatakan bagi Mateo, 4, selepas dia meraikan kejayaan bapanya mengalahkan Ronaldo bagi anugerah Ballon d'Or 2019.

Messi juga memberitahu Thiago dan Mateo kerap menonton perlawanan dan sesi latihan, tetapi Ciro, satu tahun masih terlalu muda.

Katanya : “Dua abang berkenaan sangat menunjukkan minat dalam sukan bola sepak.

“Thiago dan Mateo sangat memahami. Mereka datang ke padang dan sesi latihan serta selalunya sangat rapat dengan saya.

Tidak diketahui sama ada Mateo adalah penyokong Barcelona selepas dia didapati meraikan gol Real Betis ketika kelab itu berdepan pasukan bapanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Februari 2020 @ 10:47 AM