Penyerang Epinal, Jean-Philippe Krasso (tengah) meraikan jaringan. FOTO AFP
Penyerang Epinal, Jean-Philippe Krasso (tengah) meraikan jaringan. FOTO AFP
AFP

PASUKAN divisyen empat, Epinal melakar kejutan apabila berjaya mengatasi pasukan liga utama Lille, 2-1 untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG) yang menang 2-0 di Pau, pagi ini, mara ke suku akhir saingan Piala Perancis.

Kebangkitan pasukan amatur pergunungan Vosges itu mengikut jejak langkah rakan dari divisyen sama, Belfort yang mengejutkan lawan Ligue 1, Montpellier menerusi penalti 24 jam sebelum itu.

Loic Remy meledak gol pendahuluan buat Lille pada awal perlawanan menentang pasukan kerdil itu yang menamatkan impian pasukan dari Reunion Islanders, JS Saint-Pierroise untuk menjadi pasukan pertama dari tanah jajahan Perancis mara ke kelompok 16 terakhir.

Epinal bangkit pada babak kedua dengan dua gol jaringan Jean-Philippe Krasso.

“Kami tidak bermain dengan baik,” kata jurulatih Lille, Christophe Galtier.

“Anda perlu mengucapkan tahniah kepada Epinal yang layak menang. Kami tidak layak berdasarkan cara kami bermain.”

Sementara itu, PSG mengatasi pasukan divisyen tiga Pau tanpa kehadiran dua pemain termahal dunia, Neymar dan Kylian Mbappe apabila kapten Leandro Paredes dan Pablo Sarabia masing-masing menjaringkan gol untuk kemenangan 2-0.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 January 2020 @ 11:11 AM