Roy Nissany bergambar bersama kenderaan ketika menandatangani perjanjian bersama pasukan F1 ROKiT Williams. FOTO AFP
Roy Nissany bergambar bersama kenderaan ketika menandatangani perjanjian bersama pasukan F1 ROKiT Williams. FOTO AFP
Agensi

WARGA Israel Roy Nissany menjadi pemandu ujian pasukan Formula Satu (F1) Williams pada 2020.

Pelumba berusia 25 tahun, kali terakhir perlumbaan dalam Formula 2 pada 2018 dan akan melakukannya sekali lagi musim ini, dia akan memandu dalam tiga sesi latihan dan satu ujian sebagai sebahagian daripada peranannya.

“Ini adalah lambang kepada sukan permotoran di Israel,” kata Nissany susulan pengumuman itu di Tel Aviv.

“Pengalaman yang akan saya peroleh pada tahun ini membuatkan diri saya teruja dan usaha saya buat pasukan adalah sesuatu yang tidak ternilai.”

Timbalan prinsipal pasukan Claire Williams berkata : “Roy menunjukkan kebolehan memandu dalam ujian pra musim Abu Dhabi tahun lalu dan kami sangat kagum dengan apa yang boleh dilakukan olehnya dalam masa yang begitu singkat.

Dia seorang yang bekerja keras dan kami sangat teruja untuk berkerja sama pada tahun ini.

Nissany adalah anak lelaki kepada Chanoch Nissany, yang menjadi yang pertama dan sehingga setakat ini rakyat Israel yang mengambil bahagian dalam Grand Prix hujung minggu apabila dia melengkapkan sesi latihan pertama pada Grand Prix Hungary 2005 untuk Minardi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 January 2020 @ 11:49 AM