DJOKOVIC tewaskan Nadal di final Piala ATP. FOTO AFP
DJOKOVIC tewaskan Nadal di final Piala ATP. FOTO AFP
AFP

NOVAK Djokovic menewaskan seteru utama Rafael Nadal pada final Piala ATP sekali gus meneruskan bahang menjelang saingan Terbuka Australia.

Pemain nombor dua dari Serbia itu meraih kemenangan 6-2, 7-6 (7/4).

Kemenangan Djokovic itu menjadikan kedudukan semasa kini terikat 1-1 selepas Roberto Bautista meraih mata untuk Sepanyol apabila menewaskan Dusan Lajovic 7-5, 6-1.

Nadal and Djokovic akan kembali beraksi untuk acara beregu yang akan menentukan pemenang bagi kejohanan yang disertai 24 negara itu.

“Setiap kali saya bertemu Nadal saingan agak sengit. Saya bermula dengan baik dan segala-galanya berjalan dengan lancar.

“Saya bernasib baik kerana dapat mengawal permainan sehingga tamat perlawanan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 January 2020 @ 9:47 PM