Klopp (tengah) bersama pemain Liverpool selepas kejayaan mengatasi Leicester. FOTO AFP
Klopp (tengah) bersama pemain Liverpool selepas kejayaan mengatasi Leicester. FOTO AFP
AFP

JURGEN Klopp menegaskan bahawa belum tiba masanya untuk berpesta buat Liverpool sekalipun berada di kedudukan selesa dalam pemburuan kejuaraan Liga Perdana selepas mudah membenam pasukan di tempat kedua Leicester, 4-0 pagi ini.

Ia sekali gus membolehkan Liverpool berada 13 mata mendahului di puncak carta liga.

Roberto Firmino menjaringkan dua gol daripada hantaran Trent Alexander-Arnold dari kedua-dua sudut, penalti disempurnakan James Milner sebelum Alexander-Arnold yang beraksi cemerlang turut mencetak gol buat dirinya.

Liverpool turut mempunyai baki kurang satu perlawanan berbanding Leicester dan dilihat semakin menghampiri impian yang tunggu-tunggu selama 30 tahun untuk memenangi kejuaraan.

“Dengan semua perkara di sekeliling kami, kualiti besar yang ada pada pemain saya yang kami tidak benar didengari, kami sangat fokus kepada apa yang kami lakukan,” kata Klopp kepada Amazon Prime.

“Saya sangat bagus dalam berpesta rakan saya akan memberi tahu kamu, tetapi saya tidak mahu untuk berpesta tanpa sebab.

“Jika ada sesuatu untuk diraikan saya akan memberitahu anda, sehingga itu kami akan bekerja.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Disember 2019 @ 7:50 AM