MESSI (kiri) ketika melepasi pertahanan lawan. FOTO AFP
MESSI (kiri) ketika melepasi pertahanan lawan. FOTO AFP
AFP

BARECLONA melangkah ke percutian pendek musim sejuk berada di puncak La Liga selepas aksi memukau daripada Lionel Messi membantu juara bertahan itu membenam Alaves 4-1 awal pagi tadi.

Real Madrid yang seri tanpa jaringan di Camp Nou pada aksi Clasico baru-baru ini, boleh menyamakan kedudukan dengan 39 mata namun ketinggalan menerusi perbezaan gol jika mereka menang ke atas Atletico Bilbao.

Seville hampir pasti berada di tangga ketiga Krismas ini dengan 34 mata selepas menang 2-0 ke atas Real Mallorca.

Juara Piala Dunia dari Perancis Antoine Griezmann meletakkan Barca di depan menerusi jaringan cantik selepas bergandingan dengan Messi pada minit ke-14.

“Saya perlu menjaringkan gol sebelum bercuti, kini saya boleh bercuti dengan gembira,” kata Griezmann yang hanya menjaringkan tujuh gol sejak perpindahannya.

“Kami mempunyai pasukan yang hebat dengan ramai pemain terbaik jadi jika semuanya tidak menjadi, sentiasa ada Messi.”

Biarpun dikelilingi empat pertahanan, Messi sukar dikekang pada minit ke-69 apabila dia melakukan rembatan kaki kirinya tepat ke gawang.

Jaringan itu membuktikan mengapa penyerang berbisa itu menjulang Ballon d’Or buat kali keenam.

“Satu kelebihan besar apabila memiliki Leo (Messi), dia boleh menjaringkan gol dari mana saja tak kira masa,” kata jurulatih Barcelona Ernesto Valverde.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Disember 2019 @ 10:31 AM