Joshua meraikan kejayaan mengatasi Ruiz Jr. FOTO REUTERS
Joshua meraikan kejayaan mengatasi Ruiz Jr. FOTO REUTERS
Agensi/Esme Jo

PEMAIN pertahanan Manchester United, Harry Maguire, bekas juara dunia, Andre Ward dan bintang ragbi New Zealand Sonny Bill Williams memuji persembahan Anthony Joshua selepas dia merampas semula gelaran heavyweight WBA, IBF dan WBO dengan keputusan sebulat suara mengatasi Andy Ruiz Jr.

Joshua menggunakan taktik berundur ke belakang mencatat 118-110 (dua kali) dengan keputusan 119-109 pada pertarungan itu selepas kalah kepada peninju Amerika Syarikat-Mexico itu pada Jun lalu.

Pengesahan kemenangan perlawanan Joshua itu disambut sorakan di Arena Diriyah dengan kapasiti 16,000 penonton menyaksikan pertarungan tinju diadakan untuk kali pertama di Arab Saudi.

Maguire yang sebelum itu meraikan kejayaan 2-1 United pada derby Manchester menulis di media sosial: “Dia kembali - Persembahan Berkelas.”

Kelab Liga Perdana Watford turut meraikan kejayaan peninju Britain itu manakala Ward memuji kebangkitan Joshua ketika dalam laluan mencatat kemenangan.

Sonny Bill menulis : “Alhamdulillah. Saya melihat anda, bro!”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Disember 2019 @ 5:31 PM