MURIEL  (tengah)  meraikan jaringan bersama rakan sepasukan di Stadium Giuseppe Meazza, Milan. - FOTO EPA
MURIEL (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan di Stadium Giuseppe Meazza, Milan. - FOTO EPA
Reuters

JARINGAN menarik kapten, Papu Gomez membantu Atalanta meraih kemenangan pertama mereka dalam sejarah Liga Juara Juara selepas menewaskan Dinamo Zagreb 2-0 awal pagi tadi sekali gus kembali menyalakan impian ke peringkat kalah mati.

Luis Muriel turut menjaringkan gol di San Siro, venue Atalanta di tempat sendiri ketika stadium mereka di Bergamo kini menjalani proses ubah suai.

Manchester City menjuarai Kumpulan C dengan 11 mata daripada lima perlawanan diikuti Shakhtar Donetsk enam mata dan Dinamo lima. Atalanta tercorot dengan empat mata tetapi masih berpeluang menduduki tangga kedua kumpulan.

Mereka akan berkunjung ke Ukraine untuk menentang Shakhtar pada aksi terakhir peringkat kumpulan 11 Disember depan manakala Dinamo menerima kunjungan Manchester City pada hari yang sama.

Penyerang Colombia, Muriel meletakkan tuan rumah di depan menerusi sepakan penalti selepas dia dikasari dalam kotak penalti oleh pertahanan Zagreb, Dino Peric.

Gomez mengesahkan kemenangan bersejarah Atalanta dengan menjaringkan gol kedua menerusi rembatan kencang pada minit ke-47.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 November 2019 @ 12:12 PM