SARRI memberi arahan kepada Ronaldo ketika sesi latihan di  Pusat Latihan Continassa di Turin. - FOTO AFP
SARRI memberi arahan kepada Ronaldo ketika sesi latihan di Pusat Latihan Continassa di Turin. - FOTO AFP
AFP

BINTANG Juventus, Cristiano Ronaldo memberi amaran dia sudah kembali dan bersedia untuk aksi Liga Juara- Juara menentang musuh lama, Atletico Madrid di Turin, awal pagi esok.

Jurulatih, Maurizio Sarri berkata, kecergasan pemain antarabangsa Portugal itu masih perlu dipantau akibat masalah lutut sebelum pertembungan dalam Kumpulan D.

Tetapi Ronaldo yang berusia 34 tahun begitu teruja untuk beraksi dengan menyiarkan fotonya di Twitter yang disertai perkataan: “Saya kembali.”

Ronaldo mempunyai sejarah panjang dengan pencabar dari Sepanyol itu ketika sembilan tahun bersama Real Madrid.

Pemenang lima kali Ballon d'Or winner menjaringkan 22 gol ketika menentang Atletico termasuk kejayaan pada final Liga Juara-Juara 2014 selain turut menjaringkan penalti kemenangan pada final dua tahun lalu ke atas lawan sama.

Pada aksi Liga Juara- Juara musim lalu, kelab Sepanyol itu menang 2-0 pada saingan pertama 16 terakhir tetapi hatrik Ronaldo di Turin pada Mac menafikan hasrat mereka ke suku akhir.

AKSI Ronaldo ketika sesi latihan, semalam. - FOTO Reuters
AKSI Ronaldo ketika sesi latihan, semalam. - FOTO Reuters

"Cristiano berlatih bersama rakan sepasukan kelmarin (Ahad),” kata Sarri dalam sidang akhbar di Stadium Juventus.

"Keadaanya semakin baik tetapi kami masih perlu menilainya hari ini dan esok. Yang positif dia mampu beraksi sepanjang sesi latihan bersama rakan sepasukan.”

Pengendali Atletico, Diego Simeone sudah pasti tahu dan dapat menjangka apa bakal diterima daripada pemain memegang rekod penjaring terbanyak Liga Juara-Juara dengan 127 gol.

"Ronaldo seorang juara, kami kerap kecewa angkara dia. Dia nombor satu tetapi saya fikir bukan Ronaldo menentang Atletico kerana Juve pasukan hebat. Saya tak ragu Juventus sekali lagi menjadi pencabar utama musim ini.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 November 2019 @ 7:49 AM