BEN Yedder (kiri) diraikan Gelson Martins selepas menjaringkan gol di Stadium  La Beaujoire , Nantes. - AFP
BEN Yedder (kiri) diraikan Gelson Martins selepas menjaringkan gol di Stadium La Beaujoire , Nantes. - AFP
AFP

PENJARING prolifik Wissam Ben Yedder menjaringkan gol kesembilan musim ini ketika Monaco mencetuskan kekalahan pertama Nantes di tempat sendiri selepas menang 1-0 dalam aksi Ligue 1 awal pagi tadi.

Ben Yedder membolosi gawang tuan rumah pada babak pertama dan tidak bernasib baik apabila dua lagi lagi jaringannya dibatalkan angkara offsaid sekali gus skuad kendalian Leonardo Jardim meraih kemenangan keempat daripada lima aksi terakhir.

Mereka kini melonjak ke tangga kelapan manakala Nantes kekal di tangga kedua, lima mata di belakang pendahulu Paris Saint Germain yang akan menentang Marseille esok.

Kekalahan Nantes itu mengakhiri rekod sempurna mereka di tempat sendiri musim ini selepas menewaskan Montpellier, Reims, Rennes dan Nice.

"Sangat penting menang di tempat lawan kali pertama musim ini,” kata Jardim selepas Ben Yedder muncul pemain pertama Monaco dalam tempoh 50 tahun menjaringkan sembilan gol dalam sembilan aksi pertamanya.

"Ben Yedder selalunya sangat efektik di Toulouse dan Sevilla. Keadaan fizikalnya juga sangat baik berbanding pada awal musim.”

Ben Yedder menjaringkan gol tunggal perlawanan selepas 22 minit perlawanan apabila dia yang menerima hantaran Alexsandr Golovin memperdayakan pertahanan lawan, Fabio sebelum meledak rembatan kencang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Oktober 2019 @ 8:13 AM