Romelu Lukaku ketika sesi latihan. FOTO Reuters
Romelu Lukaku ketika sesi latihan. FOTO Reuters
Reuters

PENGURUS Belgium, Roberto Martinez berkata, keputusan Romelu Lukaku meninggalkan Manchester United untuk menyertai Inter Milan seolah-olah menguatkan semula semangat penyerang berkenaan yang kini gembira dan berkobar-kobar ketika dia memasuki fasa penting dalam karier bola sepaknya.

Pemain antarabangsa Belgium itu menyertai Inter bulan lalu, menamatkan dua tahun musim buruk di United, yang bermula baik, tetapi berakhir dengan dia terpaksa berhempas pulas untuk mendapat tempat dalam pasukan.

Pemain berusia 26 tahun itu menjaringkan dua gol liga dalam banyak perlawanan di Itali dan Martinez yakin sinar baru di Serie A akan mendorong kepada kejayaan bersama skuad kebangsaan.

“Ini kali pertama saya liga dia bebas dan gembira. Berbanding pada banyak perlawanan lalu, saya tidak pernah lihat Rom begitu fokus, sangat gembira, sangat segar dengan cabaran baru,” kata Martinez kepada media menjelang perlawanan kelayakan Euro 2020 menentang Scotland pagi ini.

Pengendali Belgium, Roberto Martinez ketika sesi latihan skuad kebangsaan negara itu. FOTO Reuters
Pengendali Belgium, Roberto Martinez ketika sesi latihan skuad kebangsaan negara itu. FOTO Reuters

“Saya fikir dia tidak bersedia untuk berdepan satu tahap besar dalam karier dengan perpindahan ke Inter. Dia menunjukkan prestasi terbaik yang diharapkan buat skuad kebangsaan... saya sangat kagum.”

Waktu singkat Lukaku di Itali tidak berdepan banyak masalah, bagaimanapun dengan penyerang berkenaan menjadi mangsa penderaan rasis oleh penyokong Cagliari minggu lalu.

Namun Martinez berkata insiden itu tidak menjejaskan mood Lukaku ketika tugas antarabangsa.

“Saya tidak melihat sebarang perubahan,” kata Martinez. “Memang benar dia agak sedih dengan kejadian yang terpaksa dilaluinya itu, tetapi saya pasti ia berlaku kepada semua orang... akan cuba membantunya dan cuba mencegahnya. Tiada tolak ansur kepada sikap seperti itu.”

Belgium berada di kedudukan teratas Kumpulan I, dengan 15 mata selepas lima kemenangan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 September 2019 @ 10:48 PM