Agensi

TINDAKAN Cristiano Ronaldo menghidu rambut rakan sepasukan, Renato Sanches membuat peminat serta rakan sepasukan Portugal tertanya-tanya.

Penyerang Juventus berusia 34 tahun itu dilihat mengambil pendekatan pelik ketika menjalani latihan bersama rakan sepasukan Portugal.

Sanches berambut dreadlocks sepanjang berada dalam skuad senior sejak tiga tahun lalu yang membuatkan kapten sepasukannya itu berminat melihatnya lebih dekat termasuk menghidunya.

Sebaik Ronaldo menamatkan larian di belakang Sanches, dia mengambil keputusan untuk memegang rambut rakan sepasukannya itu dan menghidunya sepertimana dilakukan selepas mencuci rambut.

Seseorang hanya boleh membayangkan dia sebenarnya seperti mahu mengetahui apakah jenis syampu digunakan. Pasti!.

Laman media sosial seperti juga tidak ketinggalan mempersoalkan apa sebenarnya cuba dilakukan oleh Ronaldo berdasarkan kelakuan peliknya itu.

Seorang pengguna menulis: "Huh, apa sedang difikirkan oleh Ronaldo?"

Seorang lagi berkata: "Sampai begitu sekali bagusnya syampu itu! Lol."

Tanpa mengambil kisah tindakan pemenang lima Ballon d'Or itu, Sanches, pemain tengah yang menyertai Lille pada musim panas ini tetap meneruskan latihan seperti tiada apa berlaku dengan Ronaldo yang hanya ketawa.

Sanches, 22, berharap tiada lagi masalah membabitkan bau apabila mereka bergandingan untuk membawa cabaran Portugal minggu ini.

Juara Eropah dan juara Liga Negara-Negara akan bertandang ke Serbia dan Lithuania untuk kelayakan Euro 2020.

Skuad Portugal dikendalikan oleh Fernando Santos berada di tangga kempat Kumpulan B dengan dua keputusan seri selepas dua perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 September 2019 @ 5:35 PM
Ronaldo ketika berlatih untuk menghadapi kelayakan Euro 2020. FOTO REUTERS
Ronaldo ketika berlatih untuk menghadapi kelayakan Euro 2020. FOTO REUTERS