PEMAIN   skuad B-18 negara  berlepas ke Jepun malam ini. (Dari kiri) Muhammad Firdaus Kaironnisam, Ali Imran Sukari, Luqman Hakim Shamsudin dan Harith Haiqal Adam Afkar di KLIA.  - FOTO   Luqman  Hakim Zubir
PEMAIN skuad B-18 negara berlepas ke Jepun malam ini. (Dari kiri) Muhammad Firdaus Kaironnisam, Ali Imran Sukari, Luqman Hakim Shamsudin dan Harith Haiqal Adam Afkar di KLIA. - FOTO Luqman Hakim Zubir

EMPAT pemain muda negara berlepas ke Jepun malam ini sambil diiringi amanat Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang menggesa mereka menimba ilmu sebaik mungkin di negara matahari terbit.

Empat pemain terbabit Luqman Hakim Shamsudin, Muhammad Firdaus Kaironnisam, Harith Haiqal Adam Afkar dan Ali Imran Sukari akan menjalani latihan bersama Cerezo Osaka bermula 3 hingga 13 September ini.

Program itu susulan kerjasama dimuktamadkan ketika delegasi FAM yang diketuai Hamidin mengadakan rundingan dua hala bersama Persatuan Bolasepak Jepun (JFA di Tokyo minggu lalu.

"Peluang menimba ilmu di Jepun apatah lagi dengan kelab Divisyen 1 Liga Jepun, Cerezo Osaka tidak boleh dipersiakan.

"Ia peluang sangat berharga buat pemain muda menimba ilmu serta pengalaman serta membuka ruang buat mereka mengintai peluang beraksi di Liga Jepun,” kata Hamidin.

Dua lagi pemain Sikh Izhan Nazrel dan Ahmad Zikri Khalili bersama Luqman sekali lagi akan ke JFA Academy dan FC Tokyo pada Oktober nanti.

Mereka dipilih selepas saringan berdasarkan prestasi pemain yang dipantau FAM, Akademi Mokhtar Dahari dan Pengurusan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 September 2019 @ 10:41 PM