ASHLEIGH membalas pukulan Svetlana. FOTO/AFP
ASHLEIGH membalas pukulan Svetlana. FOTO/AFP
Reuters

ASHLEIGH Barty terlepas peluang merampas kembali gelaran nombor satu dunia selepas dikejutkan dengan kekalahan straight set kepada pemain Russia Svetlana Kuznetsova pada separuh akhir Masters Cincinnati awal pagi tadi.

Ashleigh yang juga pilihan utama mungkin menggantikan Naomi Osaka sebagai pemain nombor satu dunia jika menang, sebaliknya bergelut mencari rentak apabila tewas 6-2 6-4, tewas lapan game berturut-turut kepada pemain Russia itu pada satu ketika.

“Saya fikir ia mungkin bermula dengan servis ke atas saya,” kata Ashleigh di gelanggang.

“Maksud saya memberi banyak peluang kepada Svetlana pada servis kedua bermakna saya tidak akan mendapat mata mudah daripada servis pertama saya daripada Sveta.

“Dia seorang pencabar yang baik dan mampu bertahan untuk membuat banyak pukulan balas.

“Ketinggalan kepada begitu banyak rali sejak awal permainan bukan sesuatu yang ideal. Saya fikir kami sudah melakukan yang terbaik untuk berjuang sepanjang minggu dan kemudiannya meletakkan diri dalam situasi sama sekali lagi, namun Sveta memang luar biasa hari ini.”

Svetlana, pemain ranking ke-153 dunia akan menentang pemain Amerika Syarikat Madison Keys awal pagi esok.

Madison yang juga pilihan ke-16 kejohanan berjaya mengetepikan rakan senegara Sofia Kenin 7-5 6-4 pada separuh akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Ogos 2019 @ 11:50 AM