SERENA menangis selepas terpaksa menarik diri ketika menentang Bianca. - FOTO AFP
SERENA menangis selepas terpaksa menarik diri ketika menentang Bianca. - FOTO AFP
Reuters

PERSIAPAN Serena Williams menghadapi Terbuka Amerika Syarikat (AS) berakhir kekecewaan selepas pemain AS itu terpaksa menarik diri ketika pemain remaja Kanada, Bianca Andreescu mendahului 3-1 pada final Piala Rogers di Toronto, awal pagi tadi.

Serena yang mengejar rekod 24 gelaran Grand Slam di Terbuka AS tampak tiada masalah di atas gelanggang apabila secara tiba-tiba mengalirkan air mata di kerusinya sebelum menarik diri selepas permainan berlangsung 19 minit akibat kecederaan belakang.

"Minta maaf saya gagal melakukannya hari ini. Saya berusaha tetapi gagal,” kata Serena yang menahan sebak di hadapan penonton. “Tahun ini sangat sukar tetapi akan terus mencuba.”

Bianca mencuri tumpuan selepas meraih kejayaan di Indian Wells pada Mac lalu dan beraksi kali pertama di Toronto sejak menarik diri daripada Terbuka Perancis akibat kecederaan bahu.

Dia muncul pemain pertama Kanada menjuarai kejohanan itu dalam tempoh 50 tahun.

BIANCA bersama trofi kejuaraan. - FOTO  AFP
BIANCA bersama trofi kejuaraan. - FOTO AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Ogos 2019 @ 11:48 AM