JANSSEN gagal membuat impak bersama Spurs. — FOTO Reuters
JANSSEN gagal membuat impak bersama Spurs. — FOTO Reuters
Reuters

PENYERANG Belanda, Vincent Janssen bersetuju menyertai kelab Mexico, Monterrey selepas gagal membuat impak sepanjang tiga tahun bersama kelab naib juara Liga Juara-Juara, Tottenham Hotspur.

“Kami mencapai persetujuan bersama kelab Mexico, CF Monterrey bagi perpindahan Vincent Janssen,” umum kelab Liga Perdana Inggeris itu dalam satu kenyataan awal pagi tadi.

Butiran kewangan tidak didedahkan namun media Belanda melaporkan, pemain berusia 25 tahun itu yang menyertai Spurs dari AZ Alkmaar dengan harga AS$21.15 juta (RM87 juta) pada Julai 2016, disambar Monterrey dengan harga AS$7.81 juta (RM32 juta).

Pemain Belanda itu bergelut untuk menyesuaikan diri di London dan melakukan 42 penampilan, menjaringkan enam gol selain beraksi secara pinjaman di kelab Turki, Fenerbahce.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Julai 2019 @ 7:47 AM