KAIMBI (kiri) diasak pemain FELDA, Raffi Nagoorgani pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam ini. — FOTO Muhd Asyraf Sawal
KAIMBI (kiri) diasak pemain FELDA, Raffi Nagoorgani pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam ini. — FOTO Muhd Asyraf Sawal
Asrol Awang


PAHANG sah muncul naib juara Liga Super musim ini apabila membenam FELDA United 3-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.

Biarpun masih berbaki satu perlawanan bertemu Melaka United Sabtu ini, skuad kendalian Dollah Salleh mengumpul 40 mata dan sukar dipintas Kedah mahupun Selangor.

Pada perlawanan itu, tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi tandukan penyerang import, Lazarus Kaimbi selepas menerima hantaran lintang Saddil Ramdani pada minit ke-14.

Bagaimanapun, pemain tengah The Fighters, S Chanturu menyamakan kedudukan pada minit ke-27 selepas menewaskan penjaga gol tuan rumah, Remezey Che Ros.

PENYERANG FELDA, Khairul Amri Kamal (tengah) bersaing di udara dengan pertahanan Pahang, Muslim Ahmad. — FOTO BERNAMA
PENYERANG FELDA, Khairul Amri Kamal (tengah) bersaing di udara dengan pertahanan Pahang, Muslim Ahmad. — FOTO BERNAMA

Pahang memperkuatkan jentera serangan apabila menyenaraikan Faisal Halim, Norshahrul Idlan Talaha dan Dickson Nwakaeme.

Pada minit ke-72, pertahanan import dari Perancis, Herold Goulon kembali meletakkan Pahang di depan selepas menanduk masuk bola ke gawang lawan hasil sepakan percuma Faisal.

Dua minit sebelum tamat, Nwakaeme menjaringkan gol ketiga untuk memastikan Pahang muncul naib juara liga musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Julai 2019 @ 11:31 PM