Stefan memerhatikan aksi Djokovic. FOTO Reuters.
Stefan memerhatikan aksi Djokovic. FOTO Reuters.
AFP

PEMAIN pilihan utama dan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic mara ke pusingan ketiga Terbuka Perancis dan mengakui ia hari yang penuh emosi beraksi buat pertama kali di hadapan anak lelakinya berusia empat tahun.

Djokovic, dalam usaha mencipta nama sebagai pemain kedua yang memenangi empat kejohanan utama berturut-turut, mara menerusi kemenangan 6-1, 6-4, 6-3, ke atas pemain Switzerland, Henri Laaksonen.

Memerhatikan permainan dari ruang pemain di gelanggang Suzanne Lenglen adalah anak lelaki Djokovic, Stefan.

“Ia adalah hari istimewa buat saya kerana buat pertama kali dalam hidup saya beraksi di depan anak lelaki saya,” kata pemain Serbia berusia 32 tahun itu.

“Dia menunjukkan kesabaran yang menakjubkan untuk duduk di situ selama empat jam setengah. “Kebiasaannya, dia tidak begitu sabar dengan tenis.”

Aksi Dominic Thiem di Terbuka Perancis. FOTO EPA.
Aksi Dominic Thiem di Terbuka Perancis. FOTO EPA.

Julai lalu, Stefan menyertai sambutan di Centre Court ketika Djokovic memenangi kejuaraan keempat Wimbledon.

Bagaimanapun, dia tidak dibenarkan menyaksikan perlawanan final menentang Kevin Anderson selepas seluruh Kelab England menggantung semua kanak-kanak bawah umur lima tahun daripada menyaksikan perlawanan.

Djokovic akan berdepan pemain dari Itali beraksi di kelayakan, Salvatore Caruso, ranking 147, untuk mara ke tempat 16 terakhir di Paris.

Caruso, 26, mengejutkan pemain pilihan ke-26 dari Perancis, Gilles Simon, 6-1, 6-2, 6-4 untuk mara ke pusingan ketiga kejohanan buat pertama kali.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mei 2019 @ 11:10 PM