VALENCIA (kiri) ketika beraksi dengan pasukan kebangsaan Ecuador. — FOTO AFP
VALENCIA (kiri) ketika beraksi dengan pasukan kebangsaan Ecuador. — FOTO AFP
AFP

SEMINGGU selepas menamatkan karier 10 tahun di Manchester United, Antonio Valencia dipanggil oleh jurulatih Ecuador, Hernan Dario Gomez dalam skuad Copa America.

Penyertaan pemain berusia 33 tahun itu mendapat kritikan sesetengah pihak kerana Valencia bermain kurang 10 perlawanan pada musim yang dibelenggu kecederaan.

“Ada pemain yang tidak kerap beraksi tapi mereka pemain yang anda tahu penting apabila berada dalam pasukan kebangsaan,” kata Gomez. “Saya tidak akan menyingkirkan Valencia hinggalah dia beritahu saya dia bersara.”

Valencia, 33, adalah kapten Ecuador dan meraih 94 penampilan serta menjaringkan 11 gol.

VALENCIA (kanan) ketika menyarung jersi Manchester United. — FOTO AFP
VALENCIA (kanan) ketika menyarung jersi Manchester United. — FOTO AFP

Sekalipun dia menghabiskan beberapa tahun terakhir karier di Old Trafford sebagai pertahanan kanan, Gomez berasakan Valencia lebih sesuai sebagai sayap kanan, posisi yang mengangkat namanya dan meraih perpindahan ke United selepas beberapa aksi cemerlang di kelab kerdil Wigan Athletic.

Ecuador diundi dalam Kumpulan C pada Copa America dihos oleh Brazil yang mana mereka berdepan juara bertahan Chile, pemenang rekod 15 kali Uruguay dan pasukan jemputan Jepun.

Perlawanan pertama mereka pada 16 Jun depan menentang Uruguay di Belo Horizonte.

Ecuador satu daripada dua anggota negara CONMEBOL yang tidak pernah memenangi Copa America di samping Venezuela.

Penamat terbaik mereka tangga keempat pada 1959 dan 1993, kedua-duanya ketika menjadi tuan rumah.

SKUAD ECUADOR

Penjaga gol: Alexander Dominguez (Velez Sarfield/ARG), Maximo Banguera (Barcelona), Pedro Ortiz (Delfin)

Pertahanan: Gabriel Achilier (Monarcas Morelia/MEX), Arturo Mina (Yeni Malatyaspor/TUR), Robert Arboleda (Sao Paulo/BRA), Xavier Arreaga (Seattle Sounders/AS), Pedro Velasco (Barcelona), Jose Quintero (Liga de Quito), Cristian Ramirez (FC Krasnodar/RUS), Beder Caicedo (Barcelona)

Tengah: Jefferson Intriago (Liga de Quito), Jefferson Orejuela (Liga de Quito), Jhegson Mendez (Orlando City/AS), Carlos Gruezo (FC Dallas/AS), Andres Chicaiza (Liga de Quito), Renato Ibarra (America/MEX), Antonio Valencia (tiada pasukan), Romario Ibarra (Minnesota United/AS), Ayrton Preciado (Santos Laguna/MEX)

Penyerang: Enner Valencia (Tigres/MEX), Angel Mena (Club Leon/MEX), Carlos Garces (Delfin)

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2019 @ 12:35 PM