Pemain Kedah, Bauman (kiri) dicabar pemain Melaka, Razman Roslan. FOTO NSTP/SHARUL HAFIZ ZAM
Pemain Kedah, Bauman (kiri) dicabar pemain Melaka, Razman Roslan. FOTO NSTP/SHARUL HAFIZ ZAM
Izzali Ismail


“TIGA mata penawar dan bangkit raih kemenangan”.

Itulah kata pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak menganggap tiga mata diraih menang 2-1 mengatasi Melaka United pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi jelas memberi kelegaan.

Ia hadir selepas Kedah gagal mengutip mata tewas kepada Red Giants di Shah Alam, minggu lalu.

"Saya bangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan.

Pemain bangkit mencari kemenangan dan bersyukur mendapat keputusan dimahukan.

Saya anggap ini bukan perkara mudah kerana terpaksa beraksi dalam bulan Ramadan dan juga menempuh perjalanan balik dari Selangor beberapa hari lalu.

"Kedah menguasai permainan babak pertama namun bola 'set piece' menyebabkan kami bolos.

"Selepas ketinggalan kami bangkit dengan kekuatan serta semangat berpasukan dan menghasilkan dua gol.

"Kami menguasai 15 minit pertama perlawanan menerusi gerakan Rizal Ghazali, Azmeer Yusof dan Fayadh Zulkifli.

Melaka menutup ruang menyebabkan kita tak dapat menguasai bahagian tengah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mei 2019 @ 2:41 PM