Aldridge (kanan) akui skuad Guardiola (kiri, atas) akan atasi skuad Klopp dengan satu mata. FOTO REUTERS
Aldridge (kanan) akui skuad Guardiola (kiri, atas) akan atasi skuad Klopp dengan satu mata. FOTO REUTERS
Agensi

BEKAS penyerang Liverpool, John Aldridge mengakui persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah berakhir selepas Manchester City menewaskan Burnley, minggu lalu.

Kemenangan City di Turf Moor adalah kejayaan ke-12 berturut-turut dalam saingan liga utama sejak mengubah kebangkitan mereka menewaskan Arsenal 3-1 pada 3 Februari lalu.

Liverpool mempamer aksi memberangsangkan dalam saingan liga apabila skuad Jurgen Klopp tidak mencicirkan sebarang mata sejak seri tanpa jaringan menentang Everton pada Mac lalu.

Bagaimanapun, mereka masih ketinggalan satu di belakang City dalam kedudukan dua teratas ketika saingan berbaki dua perlawanan.

City akan beraksi menentang Leicester dan bertandang ke Brighton untuk melengkapkan kempen mereka.

Andai skuad Pep Guardiola menang dua perlawanan itu mereka akan muncul pasukan pertama dalam tempoh 10 tahun menjulang gelaran liga berturut-turut.

Aldridge tidak melihat pendahulu liga itu akan hilang mata.

"Malangnya, ia kelihatan seperti (kami) Liverpool akan tercicir satu mata kerana City akan menang dua perlawanan terakhir mereka tanpa sebarang keraguan," kata Aldridge menerusi ruang pojoknya dalam Liverpool Echo.

"Saya tidak melihat sama ada Leicester atau Brighton cukup bagus untuk menghalang mereka. Mereka beraksi seperti ‘steamroll’ ketika ini.

"Apa kami perlu buat adalah memenangi perlawanan. Perkara pelik akan berlaku dalam bolasepak tetapi saya tidak melihatnya seperti itu.

"Saya menyangka City akan tergelincir pada mana-mana perlawanan tetapi tidak dan jumlah perlawanan dimenangi mereka satu demi satu tidak masuk akal."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 April 2019 @ 6:19 PM