KLOPP (kiri) meraikan kejayaan Liga Juara-Juara bersama penjaga gol Alisson, awal pagi tadi. — FOTO Reuters
KLOPP (kiri) meraikan kejayaan Liga Juara-Juara bersama penjaga gol Alisson, awal pagi tadi. — FOTO Reuters
AFP

JUERGEN Klopp mungkin tidak dapat tidur lena ketika beliau cuba memikirkan bagaimana untuk menyekat Lionel Messi, namun pengendali dari Jerman itu boleh berbangga melihat Liverpool melebarkan rekod baik mereka di Eropah di bawah kendaliannya.

Selepas menang 2-0 di laman sendiri, Liverpool sentiasa sedar gol tempat lawan pada suku akhir kedua berdepan FC Porto di Estadio do Dragao mengesahkan kemaraan mereka.

Klopp kekal tanpa kalah selepas pertemuan dua pusingan 10 saingan Eropah selaku pengurus Liverpool dengan dua daripadanya bertemu Porto.

Bagaimanapun fokus baharu mereka kini adalah terhadap aksi Liga Perdana Inggeris dengan Liverpool dua mata di atas Manchester City dan bermain lebih satu perlawanan.

Klopp terus berada di Portugal selepas saingan awal pagi tadi sebelum kembali dan bersedia menghadapi pasukan bergelut dengan penyingkiran, Cardiff City, Ahad ini.

Klopp menggilirkan skuadnya, dengan Divock Origi melakukan kemunculan semula manakala Roberto Firmino dan Jordan Henderson hanya digunakan sebagai pemain simpanan.

“Pada fasa ketiga terakhir musim anda sudah boleh melihat garisan penamat tapi anda perlukan sedikit tuah dengan kecederaan,” kata Klopp.

“Kami kembali bermain selepas tiga hari, jadi kami akan pulang esok dan bersedia untuk satu lagi pertemuan penting.”

Cardiff meneruskan sisa-sisa perjuangan mereka apabila menang 2-0 di Brighton, awal pagi kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2019 @ 12:30 AM