Pemain Ireland Utara, Josh Magennis meraikan jaringan kemenangan ketika perlawanan menentang Belarus pada kelayakan Euro 2020.
Pemain Ireland Utara, Josh Magennis meraikan jaringan kemenangan ketika perlawanan menentang Belarus pada kelayakan Euro 2020.
Agensi

JONNY Evans berkata Ireland Utara terpaksa bangkit apabila Belarus menyamakan jaringan dalam kelayakan Euro 2020 awal pagi ini.

Tandukan Evans memastikan pasukannya berada di depan ketika 30 minit masa permainan berlangsung.

Begitupun, Belarus menjaringkan gol penyamaan tiga minit kemudian untuk menggamatkan suasana dan tekanan kepada pasukan tuan rumah yang beraksi di Windsor Park.

Josh Magennis memastikan kemenangan Ireland Utara sekali gus menduduki tempat teratas kumpulan C dengan dua kemenangan dalam dua perlawanan.

“Saya fikir ia (gol lawan) mengejutkan kami sedikit kerana kami tahu bagaimana sukarnya untuk menjaringkan gol,” kata Evans mengenai jaringan penyamaan Belarus.

Pemain pertahanan Leicester berkata kepada Sky Sports : “Selepas memperolehi jaringan itu kamu seperti berasa sedikit selesa dan kemudian mereka mendapatkan gol mungkin berpeluang menambah jaringan lagi memang ia mengejutkan kami buat seketika.

“Namun kami terus berusaha, ia mungkin bukan prestasi terbaik kami, tetapi saya rasa kami menguasai permainan dalam semua sudut.”

“Saya katakan kami mempunyai kesungguhan tinggi, selain berusaha bersungguh-sungguh.”

“Tapi kami memperolehi peluang melakukan jaringan pada penghujung permainan dan Josh (Magennis) yang masuk sebagai pemain gantian melaksanakan tugas dengan baik menjadikan ia perkara yang cukup menakjubkan buat kami.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mac 2019 @ 2:16 PM