Gandingan Sze Fei-Nur Izzudin tewas straight set. FOTO NSTP
Gandingan Sze Fei-Nur Izzudin tewas straight set. FOTO NSTP
Ferzalfie Fauzi


HASRAT Malaysia untuk muncul juara Kumpulan D Kejohanan Berpasukan Campuran Asia tidak kesampaian apabil tumpas 1-3 ketika menentang China di Stadium Queen Elizabeth, Hong Kong, hari ini.

Kekalahan berkenaan menyebabkan skuad negara hanya muncul sebagai juara kumpulan tetapi masih lagi layak untuk ke suku akhir apabila membenam Macau dalam aksi sulung semalam.

Malaysia bermula dengan langkah sumbang apabila gandingan beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani kalah 15-21, 19-21 kepada Han Chengkai-Zhou Haodong.

China terus memberi tekanan kepada skuad muda negara apabila memperoleh mata kedua dalam aksi perseorangan wanita, selepas Lee Ying Ying kalah 17-21, 5-21 kepada Han Yue.

Bagaimanapun, Malaysia kembali menghidupkan peluang apabila perseorangan lelaki, Cheam June Wei berjaya mengalahkan Lu Guangzu 21-12, 21-17.

China yang membariskan skuad muda mengesahkan kemenangan apabila beregu wanita mereka Du Yue-Li Yinhui menumpaskan Lim Chiew Sien-Pearly Tan 21-11, 21-18.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mac 2019 @ 4:49 PM