GRAY (kanan) jaring gol kemenangan Watford. -Foto AFP
GRAY (kanan) jaring gol kemenangan Watford. -Foto AFP
Reuters

WATFORD mara ke separuh akhir Piala FA buat kali kedua dalam tempoh empat tahun menerusi gol pemain gantian Andre Gray, sebaik tiga minit diturunkan untuk memastikan kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace malam ini.

Etienne Capoue meletakkan Watford di depan pada minit ke-27 dalam aksi di Vicarage Road ketika tuan rumah menguasai separuh masa pertama namun Palace bangkit pada babak kedua.

Michy Batshuayi menghukum kesilapan benteng pertahanan untuk menyamakan kedudukan buat skuad Roy Hodgson selepas sejam perlawanan dan Palace dilihat menguasai ketika menghampiri babak akhir perlawanan.

Namun Watford berjaya menempatkan mereka dalam kelompok empat terakhir di Wembley apabila Gray yang menggantikan Will Hughes, meledak voli kemenangan pada minit ke-79, membuatkan penyokong mereka mula mengimpikan penampilan final kedua di Piala FA selepas kecewa pada kempen 1984.

Mereka turut berjaya melepasi cubaan akhir lawan apabila kesilapan di bahagian pertahanan gagal dimanfaatkan pemain Palace, Aaron Wan-Bissaka apabila rembatan rendahnya tersasar.

Jaringan kemenangan Gray memberikan kemenangan hatrik 2-1 buat Watford ke atas Palaca musim ini selepas skuad Javi Garcia menang kedua-dua perlawanan Liga Perdana juga dengan jaringan sama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mac 2019 @ 11:48 PM