Penyerang Roma, Patrik Schick (tengah) mengawal bola daripada pemain Empoli dalam saingan Serie A Itali di Stadium Olympic, Rome. FOTO AFP.
Penyerang Roma, Patrik Schick (tengah) mengawal bola daripada pemain Empoli dalam saingan Serie A Itali di Stadium Olympic, Rome. FOTO AFP.
AFP

CLAUDIO Ranieri mencatat kemenangan pertama sebagai jurulatih Roma dengan Stephan El Shaarawy dan Patrik Schick masing-masing menjaringkan gol pada babak pertama mengalahkan pasukan di tercorot, Empoli, 2-1 pagi ini, sekali gus menghidupkan peluang untuk slot beraksi di Liga Juara-Juara.

Eusebio Di Francesco dipecat selepas pasukan itu tersingkir dari saingan kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara minggu lalu.

Sehingga Ranieri kembali semula di kelab yang pernah dibimbingnya selama 18 bulan sehingga Februari 2011 itu.

Bekas pemain Roma berusia 67 tahun diraikan kedatangannya oleh peminat pasukan itu di Stadio Olimpico dengan kain rentang tertulis “Selamat Berjaya Tuan Ranieri”

Jurulatih Roma Claudio Ranieri. FOTO AFP.
Jurulatih Roma Claudio Ranieri. FOTO AFP.

“Saya berterima kasih kepada penyokong, kerana mereka memberikan semangat kuat buat kami,” kata Ranieri.

“Saya tidak menjangkakan kami beraksi baik, namun selepas apa yang berlaku kepada pasukan dengan situasi sebelum ini pastinya memberi sedikit tekanan kepada pemain.

“Mengumpulkan pasukan dengan tidak mempunyai banyak pilihan pemain, dan nama besar, sudah pasti ia cabaran cukup besar kepada sesiapa yang mengetuainya dan memberi arahan,” tambah bekas jurulatih Leicester dan Chelsea itu. “Saya tahu ia akan menjadi sukar.”

Kapten Daniele De Rossi, Kostas Manolas, Lorenzo Pellegrini dan Cengiz Under kesemuanya tidak beraksi kerana kecederaan dengan Edin Dzeko, Federico Fazio dan Aleksandar Kolarov pula digantung perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mac 2019 @ 8:08 AM