EJ

TAU-tau bola dah menerjah jaring!

Begitulah penangan Sadio Mane melakukan ‘tolakan tumit’ (back heel) ketika menjaringkan gol kedua Liverpool mengatasi Watford yang mendapat pujian peminat dan pengulas sukan.

Mane meledak gol itu menerusi tolakan tumit dari jarak 12 ela (10.9m/36 kaki) yang menghampakan penjaga gol Watford, Ben Foster.

Foster meluru keluar untuk menyelamatkan keadaan tetapi bola tiba-tiba melompat melepasinya ketika Mane mencetak gol itu pada m-20 perlawanan.

Skuad Jurgen Klopp menang 5-0 di Anfield dan memastikan Liverpool kekal pendahulu carta Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ia jaringan peribadi ke-13 dan 14 buat pemain sayap antarabangsa Senegal itu dalam EPL musim ini.

Mane, 26, hanya ketinggalan dua gol di belakang pendahulu bersama penjaring terbanyak, Sergio Aguero dan rakan sepasukan, Mohamed Salah dalam perebutan kasut emas.

“Pasukan ini berada pada tahap terbaik. Paling penting tiga mata dan kami mendapatnya,” katanya.

“Kehadiran Salah membantu di bahagian depan membuatkan tugas lebih mudah pada perlawanan itu.

Ada juga peminat menyifatkan gol tolakan tumit Mane lebih menarik berbanding gol Salah.

Menerusi Twitter, Foster, bekas penjaga gol Manchester United merungut mengatakan perlawanan itu tidak menyeronokkan dan seperti najis anjing!

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Februari 2019 @ 5:47 PM
Mane menewaskan Foster untuk jaringan kedua Liverpool. FOTO REUTERS/EPA
Mane menewaskan Foster untuk jaringan kedua Liverpool. FOTO REUTERS/EPA