Reaksi Ronaldo selepas tewas kepada Atalanta. FOTO REUTERS
Reaksi Ronaldo selepas tewas kepada Atalanta. FOTO REUTERS
Ronaldo berendam dalam tab mandi di rumahnya sambil memandang siling berbintang-bintang. FOTO Instagram CR7
Ronaldo berendam dalam tab mandi di rumahnya sambil memandang siling berbintang-bintang. FOTO Instagram CR7
Daily Mail

PEMAIN Juventus Cristiano Ronaldo menikmati detik kekalahan dengan cara tersendiri selepas pasukannya tewas kepada Atalanta dalam saingan Piala Itali.

Skuad kendalian Massimiliano Allegri yang berada di tangga teratas Serie A, kecundang 3-0 pada perlawanan itu, kelmarin.

Jaringan Timothy Castagne sertai dua gol Duvan Zapata menyebabkan Juve mengalami kekalahan pertama saingan domestik musim ini.

Ronaldo berkongsi foto dirinya berendam dalam tab mandi untuk memulihkan perasaan selepas tewas.

Bintang Portugal itu dilihat berehat dalam tab mandi di bawah siling dengan pemandangan bintang-bintang yang dimuat naik di Instagramnya.

Kapsyen gambar itu tertera: “Masa untuk pemulihan. Selamat malam semua!'

Biarpun tewas, Juventus masih kekal untuk meraih satu lagi gelaran Scudetto apabila mendahului Serie A dengan kelebihan 11 mata di depan Napoli.

Mereka akan menanti kunjungan Parma ke Stadium Allianz untuk perlawanan liga esok.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Februari 2019 @ 12:42 PM