VINCENT TAN
VINCENT TAN
BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemilik Cardiff City FC dari Malaysia, Tan Sri Vincent Tan bersedih dengan kehilangan pemain yang baharu ditandatangani kelab itu Emiliano Sala, menurut pengarah eksekutif kelab dan ketua pegawai eksekutif Ken Choo.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu membatalkan sesi latihan semalam ekoran tragedi menimpa Sala, kelmarin.

“Kami amat terkejut mendapat tahu pesawat dinaiki Sala hilang. Kami jangka Emiliano tiba di Cardiff semalam dan hari ini sepatutnya dia berlatih kali pertama bersama pasukan,” katanya dalam laman web www.cardiffcityfc.co.uk.

“Pemilik kami Tan Sri Vincent Tan dan pengerusi Mehmet Dalman begitu sedih dengan situasi ini. Kami membuat keputusan menangguhkan sesi latihan dan berdoa keselamatan Emiliano dan juruterbang.

“Kami di Cardiff City FC berterima kasih kepada penyokong dan semua di atas sokongan dalam saat sukar ini. Kami akan terus berdoa dan berharap mendapat berita positif,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 January 2019 @ 5:17 PM