PEMAIN Perak Derek Leong Wei Jian (tengah) berebut bola dengan pemain Perlis Zulfaqar Khairuddin Zamzuri (kiri) dalam saingan peringkat Kumpalan A sempena Sukma Perak 2018 di Stadium Perbandaran Manjung. FOTO Bernama
PEMAIN Perak Derek Leong Wei Jian (tengah) berebut bola dengan pemain Perlis Zulfaqar Khairuddin Zamzuri (kiri) dalam saingan peringkat Kumpalan A sempena Sukma Perak 2018 di Stadium Perbandaran Manjung. FOTO Bernama
Azizan Hashim


SERI MANJUNG: Jaringan Muhammad Hafidz Ahmad Kamaruddin enam minit sebelum tamat permainan menyelamatkan tuan rumah, Perak daripada tersingkir awal daripada acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 apabila berjaya mengikat Perlis 1-1, sebentar tadi.

Ketika kekalahan sudah menggamit anak buah Chan Wing Hoon, Hafidz muncul penyelamat dengan menjaring gol penyamaan pada minit ke-86.

Sebelum itu, Perlis yang tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan pembukaan hampir dihadiahkan kemenangan apabila Muhamad Farid Nezal menjaring gol sendiri pada m-31.

Bagaimanapun, semangat tidak menyerah kalah menyaksikan pemain Perak bangkit menyelamat keadaan.

Begitupun impian Perak mempertahankan ibu segala pingat itu kini bergantung kepada keputusan perlawanan terakhirnya menentang Negeri Sembilan yang kini mendahului Kumpulan A dengan empat mata.

Manakala tuan rumah setakat ini mengutip dua mata mengatasi Sarawak berdasarkan perbezaan gol.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 September 2018 @ 12:12 AM