GUARDIOLA (dua dari kanan) bersalam dengan anak buahnya selepas tamat perlawanan. -Foto EPA
GUARDIOLA (dua dari kanan) bersalam dengan anak buahnya selepas tamat perlawanan. -Foto EPA

MIAMI: Pep Guardiola menamatkan jelajah Manchester City di Amerika Syarikat dengan kemenangan 3-2 ke atas bekas kelabnya Bayern Munich namun ia dicemari kecederaan penyerang baru Riyad Mahrez.

Dua gol daripada pemain gantian Bernardo Silva membantu Manchester City bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk mengakhiri dua kekalahan dalam kempen Piala Juara-Juara Antarabangsa dengan satu gol lagi disumbang pemain muda Lukas Nmecha.

Mahrez, bagaimanapun jatuh dua kali dipercayai akibat kecederaan buku lali. Dia kemudiannya dibawa keluar selepas minit ke-27 dalam keadaan tidak selesa.

Menjelang aksi pembuka tirai tradisi bola sepak Inggeris, Perisai Komuniti bermula Ahad depan di Wembley menentang Chelsea, Guardiola akan menilai tahap kecergasan pemain Algeria itu sebelum Liga Perdana Inggeris bermula.

Skuad Guardiola akan kembali ke Manchester selepas perlawanan menentang Bayern.

Dua perlawanan City menentang Borrusia Dortmund dan Liverpool berakhir dengan kekalahan tipis tetapi Guardiola memilih pemain yang biasa diturunkannya, lapan pemain dalam kesebelasan utama beraksi dalam ketiga-tiga perlawanan jelajah AS, menyifatkan mereka skuad yang penuh potensi.

“Kami menganalisis  kesilapan dalam perlawanan sebelumnya dan menjadi lebih baik ketika berdepan Bayern Munich,” kata Guardiola.

“Kami berjaya bermain dengan baik dan menangani situasi ketika ketinggalan 0-2.”

Bintang Bayern Arjen Robben dan Frank Ribery memberi ancaman namun dengan Mahrez diberi ruang di bahagain tengah, juara Inggeris itu mendominasi babak awal perlawanan dan sewajarnya membuka jaringan.

Namun secara-tiba, petang yang sukar buat Guardiola menjadi semakin mencabar pada minit ke-27 apabila Mahrez diarah keluar padang selepas cedera buku lali.

“Kita lihat saja nanti, mungkin ia bukan satu masalah,” kata Guardiola.– AFP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Julai 2018 @ 12:12 PM