PEMAIN Perancis, Olivier Giroud (kiri) menjalani latihan bersama rakan sepasukan menjelang aksi Piala Dunia di Stadium Glebovets. FOTO AFP
PEMAIN Perancis, Olivier Giroud (kiri) menjalani latihan bersama rakan sepasukan menjelang aksi Piala Dunia di Stadium Glebovets. FOTO AFP
AFP

JURULATIH Perancis, Didier Deschamps menghabiskan sebahagian hari pertamanya di Russia dengan mempertahankan cadangan untuk tetap menurunkan penyerang Chelsea, Olivier Giroud sebagai kesebelasan utama dalam aksi pertama menentang Australia.

Giroud meledak gol ke-31, sekali gus meletakkan namanya sebaris dengan bintang Perancis, Zinedine Zidane, tetapi pemain Barcelona, ​​Ousmane Dembele juga menuntut tempat di barisan serangan selepas beraksi cemerlang pada perlawanan pra Piala Dunia, sebelum ini.

"Jangan mengambil apa-apa kualiti Olivier daripadanya kerana dia menjaringkan banyak gol, dan tanpa mengira sama ada cantik atau tidak, ia masih menjadi gol.

“Dia  adalah seorang penjaring terbanyak dengan profil gol yang berbeza," kata Deschamps di pangkalan Perancis di Istra, berhampiran Moscow.

Giroud sepatutnya sudah pulih untuk mengharungi perlawanan Kumpulan C, di mana Perancis akan bertemu Australia di Kazan pada Sabtu, walaupun kepalanya menerima beberapa jahitan akibat kecederaan ketika mereka seri 1-1 dengan Amerika Syarikat di Lyon, minggu lalu.

"Kepalanya baik-baik saja, dia mempunyai enam jahitan, jadi jelasnya sebagai langkah berjaga-jaga, kita perlu memastikan dia tidak menyentuh bola dengan kepalanya sekurang-kurangnya 48 jam akan datang," kata Deschamps.

Deschamps juga dijangka menurunkan pemain tengah, Paul Pogba biarpun dilihat bergelut dengan prestasinya, musim lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Jun 2018 @ 10:39 AM