FABRA (kanan) alami cedera ACL pada lutut kirinya. FOTO/AFP
FABRA (kanan) alami cedera ACL pada lutut kirinya. FOTO/AFP
AFP

BOGOTA: Pertahanan Colombia Frank Fabra diketepikan daripada penampilan sulung di Piala Dunia berikutan kecederaan lutut serius, beberapa jam sebelum skuad Amerika Selatan itu dijadualkan terbang ke pangkalan latihan pasukan di Kazan kata persekutuan bolasepak Colombia hari ini.

Bek kiri Boca Junior itu cedera ligamen anterior crucial (ACL) pada lutut kirinya ketika sesi latihan di Itali, kata persekutuan itu dalam satu kenyataan.

“Saya berjuang, bekerja keras dan cuba memperbaiki diri... namun kini hati saya sudah retak seribu,” keluh Fabra dalam mesejnya di Instagram.

Menurut pakar perubatan, pemulihan Fabra mengambil masa empat ke enam bulan.

Tempat Fabra dalam skuad kendalian Jose Pekerman akan digantikan salah seorang pemain simpanan Croatia, berkemungkinan diisi pertahanan Farid Diaz, yang beraksi dengan Olimpia di Paraguay.

Colombia akan memulakan kempen Kumpulan H menentang Jepun pada 19 Jun di Saransk sebelum bertemu Poland dan Senegal.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Jun 2018 @ 12:02 PM