Penyokong Liverpool ceria ketika menyaksikan aksi terakhir pasukan mereka dalam EPL di Petaling Jaya. FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN
Penyokong Liverpool ceria ketika menyaksikan aksi terakhir pasukan mereka dalam EPL di Petaling Jaya. FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN
Mohd Fitrie Muhamad

 

KUALA LUMPUR: Aksi terakhir Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris menentang Brighton nyata mendapat tarikan terutamanya buat penyokong setia The Reds di negara ini.

Walaupun ia hanya aksi liga, ramai penyokong Liverpool menganggap ia seperti 'final' pertama kerana membabitkan perlawanan hidup mati untuk mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara musim depan.

Penantian mendebarkan skuad The Reds sepanjang 90 minit nyata berbaloi apabila Liverpool mengatasi Brighton 4-0.

Pastinya kemenangan dicatatkan anak buah Jurgen Klopp ke atas Brighton nyata berita menggembirakan buat penyokong setia Liverpool.

Tambah menarik, nyanyian Allez! Allez! Allez! dan You'll Never Walk Alone bergema sebagai tanda meraikan kejayaan Liverpool yang pastinya ia jadi tonik terbaik sebelum pertemuan dengan Real Madrid pada final Liga Juara-Juara 26 Mei ini.

"Ia satu perlawanan yang hebat. Ia melengkapkan musim hebat buat Liverpool," kata Presiden Official Liverpool Supporters Club Malaysia @ KL Kopites, Sashi Nair.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Mei 2018 @ 12:35 AM