GUARDIOLA mahu Arteta kekal bersamanya di City, usah hiraukan Arsenal. -Foto AFP
GUARDIOLA mahu Arteta kekal bersamanya di City, usah hiraukan Arsenal. -Foto AFP
AFP

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola mahu Mikel Arteta kekal sebagai barisan kakitangannya selepas bekas pemain Arsenal itu dikaitkan dengan jawatan Arsene Wenger di Satdium Emirates.

Arteta disebut-sebut menjadi antara calon pilihan untuk mengambil alih kerusi panas Wenger yang akan meninggalkan Gunners pada akhir musim ini.

Bekas tonggak tengah Sepanyol itu kini menjadi seorang daripada penolong jurulatih di Stadium Etihad sejak Julai 2016.

Malah, Guardiola lebih berminat untuk berbicara mengenai bekas jurulatih Barcelona, Luis Enrique dengan jawatan itu ketika dia turut mahu Arteta terus kekal di City.

“Luis adalah seorang pengurus yang menakjubkan,” kata Guardiola yang turut pernah membimbing Barcelona dalam sidang media semalam.

“Dia boleh pergi ke mana saja yang diinginkan. Sudah tentu Arsenal adalah antara sebuah kelab yang terbesar di dunia.”

Guardiola, yang mana skuad kendaliannya City sudah mengesahkan gelaran Liga Perdana Inggeris, menambah: “Pendapat saya mengenai Mikel pastinya positif.

“Salah satu sebab kejayaan kami pada musim ini adalah kerana Mikel di sini. Kami amat selesa, bukan saja saya tetapi seluruh pasukan turut selesa dengannya.”

Dalam pada itu, Guardiola turut memberitahu pemain sayapnya Leroy Sane supaya menjadikan Ryan Giggs sebagai contoh ikutan di dalam padang.

Pemain antarabangsa Jerman itu dinamakan sebagai pemain muda tahunan terbaik Persatuan Penulis Bolasepak Profesional selepas mengharungi musim yang hebat dalam membantu City menyambar EPL.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 April 2018 @ 11:58 AM