NAJIB (dua dari kanan) menyampaikan Anugerah Tokoh Kepimpinan Silat kepada Presiden PESAKA, Tan Sri Mohd Ali  Mohd Rustam (kanan) di Majlis Himpunan Raksasa Pesilat-pesilat Negara 2018 di SMK Sungai Pasu, Gombak turut bersama  Mahaguru Muda Pertubuhan Seni SIlat Lincah Malaysia, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin (dua dari kiri). - Foto Syarafiq Abd Samad

Haika Khazi

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersetuju membina sebuah kompleks sukan persilatan negara di Kuala Lumpur sebagai mercu tanda dan kebanggaan seni pertahanan diri berkenaan di Malaysia.

“Atas permintaan PESAKA (Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia) yang disuarakan menerusi Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin, maka kerajaan bersetuju meluluskan pembinaan sebuah kompleks persilatan negara.

"Pembinaan kompleks berkenaan diharap dapat menjadi mercu tanda atau perlambangan dan kebanggaan negara dalam dunia persilatan di peringkat antarabangsa serta kebangsaan selaku seni mempertahankan diri rasmi Malaysia," katanya pada majlis Himpunan Guru-Guru Silat Negara 2018 di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu di sini, hari ini.

Najib berkata kerajaan turut meluluskan geran tahunan kepada PESAKA bagi disalurkan kepada mahaguru dan jurulatih silat bernaung di bawahnya sekali gus membolehkan ia mempunyai dana mencukupi untuk terus berjuang.

"Sebab itulah, apabila saya diminta mengisytiharkan silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara pada 18 September lalu, saya tidak syak dan ragu-ragu lagi kerana menganggap silat sebagai angkatan ketiga pertahanan negara," katanya.

Najib turut melahirkan rasa kagum dengan kejayaan pesilat negara di peringkat antarabangsa dan kebangsaan.

Antaranya kejayaan mereka memenangi 10 emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, selain pemilihan jaguh silat, Mohd Al Jufferi Jamari sebagai Olahragawan 2015 dan Siti Rahmah Mohamed Nasir (Olahragawati 2016).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 April 2018 @ 9:49 PM