MANE (kanan) melakukan percubaan ke arah gawang Porto. -Foto EPA
MANE (kanan) melakukan percubaan ke arah gawang Porto. -Foto EPA
AFP

LIVERPOOL: Liverpool mara ke suku akhir Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam tempoh sembilan tahun selepas menang 5-0 secara agregat mengatasi Porto, walaupun hanya seri tanpa jaringan pada perlawanan kedua kelompok 16 pasukan terakhir di Anfield sebentar tadi.

Sadio Mane memberi kesan paling teruk buat pendahulu liga Portugal itu dengan hatrik pada perlawanan pertama dan hampir mendapatkan jaringan tetapi melepasi palang.

Ketika tugasan sudah disempurnakan tiga minggu lalu, bos Liverpool Jurgen Klopp selesa meletakkan penjaring terbanyak Mohamed Salah dan pemain dengan rekod kelab, Virgil van Dijk di bangku simpanan dengan sebelah mata melihat kunjungan ke Manchester United bagi saingan Liga Perdana, Sabtu ini.

Skuad kendalian Klopp sudah memiliki tabiat memulakan saingan dengan pantas di Eropah musim ini, namun mengambil sedikit masa menyelesaikan tugas mereka dengan pengendali dari Jerman itu melakukan lima perubahan daripada skuad yang menewaskan Newcastle hujung minggu lalu.

Tuan rumah mengambil masa 17 minit untuk mengancam pelawat apabila hantaran lintang Joe Gomez disambar Mane namun sedikit melepasi palang.

Jurulatih Porto, Sergio Conceicao melakukan 10 perubahan daripada perlawanan pertama namun penjaring utama, Vincent Aboubakar menjadi seorang daripada pemain yang kembali ke pasukan selepas tidak bermain sebelum itu kerana kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Mac 2018 @ 7:05 AM