TOLISSO (kanan) bantu Bayern menang bergaya atasi Freiburg. -Foto EPA
TOLISSO (kanan) bantu Bayern menang bergaya atasi Freiburg. -Foto EPA
AFP

BERLIN: Jaringan menakjubkan Corentin Tolisso membantu Bayern Munich menang 4-0 mengatasi Freiburg awal pagi tadi dan mencipta kelebihan 20 mata dalam saingan Bundesliga.

Sebelum perlawanan, jurulatih Freiburg, Christian Streich muncul calon kejutan untuk menggantikan Jupp Heynckes di Bayern pada penamat musim.

Namun Streich bukanlah lawan buat Heynckes ketika Bayern mencipta kemenangan selesa dan semakin hampir dengan gelaran Bundesliga.

“Ia bukan hanya keputusan yang hebat, saya rasa kami bermain dengan bijak hari ini,” kata Heynckes kepada Sky. “Ia adalah antara persembahan terbaik musim ini.”

Freiburg bermula dengan baik dan boleh mendahului pada minit ke-12 apabila Lucas Hoeler mengatasi pertahanan namun diselamatkan Sven Ulreich.

Bayern mendahului pada minit ke-25 apabila bola terkena Thomas Mueller dan melepasi penjaga gol Alexander Schwolow. 

Jaringan kedua muncul hanya tiga minit kemudian apabila Tolisso menerima hantaran dari sudut dan meledak dari jarak 30 meter.

Sandro Wagner menjaringkan gol ketiga pada minit ke-55 sebelum Mueller memperoleh jaringan keempat pada minit ke-69 selepas mendapat hantaran sudut Joshua Kimmich.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Mac 2018 @ 10:10 AM