KLOPP (tengah) lega pemainnya di tahap terbaik. FOTO/AFP
KLOPP (tengah) lega pemainnya di tahap terbaik. FOTO/AFP
Reuters

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp percaya persaingan bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukannya akan menjadi motivasi kepada semua pemain untuk meningkatkan lagi kualiti permainan masing-masing.

The Reds yang kini menghuni tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) dan hampir pasti mara ke suku akhir Liga Juara Juara tidak berdepan dengan masalah kecederaan dan kini menyasarkan untuk meneruskan momentum mereka.

“Buat masa ini, semua pemain cergas dan mahu beraksi. Itu adalah petanda yang baik. Mereka memberi tekanan antara satu sama lain menerusi persembahan mereka. Sebagai contoh pemain sayap pertahanan, Trent Alexander-Arnold.

“Kini Joe Gomez perlu membuktikan kemampuannya selepas diketepikan untuk beberapa perlawanan sebelum ini. Alberto Moreno mengalami kecederaan tetapi kami masih ada Robbo (Andrew Robertson).

“Mereka melihat perkara sebegini dan itu membuatkan mereka kekal fokus untuk mengharungi musim ini. Masih banyak yang perlu dilalui,” kata Klopp.

Dalam masa sama, Klopp mengakui tuah sedikit memihak kepada pasukannya dan percaya kelebihan untuk menurunkan semua pemain terbaiknya dalam setiap perlawanan akan memberi manfaat kepadanya seperti yang dilakukan Chelsea pada musim lalu.

“Anda memerlukan sedikit tuah. Chelsea beraksi dengan pemain yang sama pada musim lalu. Dan situasi ini sememangnya membantu.”

“Jika kami boleh terus kekal tanpa sebarang kecederaan, situasi ini akan banyak membantu kami.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Mac 2018 @ 9:24 PM