GUARDIOLA (tengah) kekal dengan City selepas menyambung kontrak lagi dua tahun. FOTO AFP
GUARDIOLA (tengah) kekal dengan City selepas menyambung kontrak lagi dua tahun. FOTO AFP
AFP

London: Pep Guardiola menamatkan spekulasi mengenai masa depannya di Manchester City selepas menandatangani kontrak baru lanjutan selama dua tahun.

Kontrak Guardiola sepatutnya berakhir hujung musim ini dan ia difahamkan bahawa pengendali kelahiran Sepanyol itu sudah bersedia untuk meninggalkan City.

Bagaimanapun, pengendali berusia 49 tahun itu bersetuju untuk kekal di Stadium Etihad sehingga sekurang-kurangnya pada 2023.

"Manchester City dengan bangganya mengumumkan bahawa Guardiola sudah menandatangani lanjutan kontrak selama dua tahun bersama kelab," kata City dalam satu kenyataan.

Bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich itu dalam perjalanan untuk melengkapkan kempennya yang kelima di Liga Perdana Inggeris (EPL) dan tawaran baru itu menyaksikan beliau paling lama berkhidmat di City berbanding kelab lain sebelum ini.

Beliay sudah meraih dua kejuaraan EPL, tiga Piala Liga dan satu Piala FA bersama City, manakala masih belum mampu untuk membantu kelab berkenaan meraih trofi pertama Liga Juara-Juara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2020 @ 11:06 PM