Rossi harap Zarco tidak gunakan jentera M1 musim ini untuk saingan MotoGP 2018. FOTO AFP
Rossi harap Zarco tidak gunakan jentera M1 musim ini untuk saingan MotoGP 2018. FOTO AFP
Autosport

PELUMBA legenda MotoGP Valentino Rossi memberi amaran kepada Johann Zarco tidak gunakan jentera Yamaha MotoGP 2017 andai jentera itu ditawarkan kepada pasukannya Tech3, musim depan.

Zarco, penunggang pasukan satelit Tech3 menewaskan dua jentera kilang Yamaha (works machine) untuk kali kelima musim ini memacu jentera lama M1 2016 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), minggu lalu.

Dia menamatkan saingan di tempat ketiga di belakang dua pelumba Ducati, Andrea Dovizioso dan Jorge Lorenzo.

Rossi serta rakan sepasukannya, Maverick Vinales bergelut dengan jentera M1 spesifikasi 2017 dalam litar basah dan sekadar menamatkan saingan di tempat ketujuh dan kesembilan.

Dua pelumba terbabit merungut motosikal mereka kekurangan cengkaman bahagian belakang yang sehingga kini masih gagal diperbaiki oleh pasukan jurutera Yamaha.

Rossi merasakan logik buat Zarco tidak mahu menggunakan jentera Yamaha 2017 untuk saingan musim depan.

"Menunggang motosikal M1 2017 dalam keadaan litar basah sesuatu yang sukar dan Zarco tidak sebodoh itu," kata pelumba Itali itu.

"Jentera 2016 dapat digunakan dengan baik dalam litar basah jadi saya faham mengapa Zarco berharap tidak mendapat motosikal itu.

"Dia meraih gelaran MotoGP pertama Moto2 pada 2015 dan apabila Kalex mahu memberikannya jentera 2016, dia menolak dan sekali lagi menjulang kejuaraan Moto2 tahun berikutnya."

Ditanya sama ada diberi jentera 2018 musim depan berbanding versi 2017, Zarco berkata dia percaya Yamaha akan melakukan yang terbaik menyediakan jentera kompetitif di grid perlumbaan.

"Jika Yamaha melakukan kesilapan dengan jentera musim ini, saya tidak rasa mereka akan memberikannya kepada Tech3," kata Zarco.

Itu tidak masuk akal buat Yamahaā€¯.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 November 2017 @ 9:50 PM