PEMAIN Girona meraikan kejayaan menewaskan Real. FOTO/AFP
PEMAIN Girona meraikan kejayaan menewaskan Real. FOTO/AFP
AFP

GIRONA: Real Madrid mendapat tempias di atas padang berbanding suasana tidak menentu akibat pergolakan politik di Catalunya apabila mereka tewas mengejut 2-1 di Girona, awal pagi tadi.

Jaringan Cristhian Stuani dan Portu dalam tempoh empat minit di babak kedua menafikan jaringan awal Isco buat Madrid ketika Real kini ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu La Liga, Barcelona selepas hanya 10 perlawanan.

Madrid melakukan penampilan pertama dalam wilayah yang semakin terpisah itu sejak keganasan tercetus pada 1 Oktober menyebabkan Sepanyol terjerumus dalam krisis politik.

PERTAHANAN Real, Sergio Ramos tak sangka tewas mengejut kepada Girona. FOTO/REUTERS l
PERTAHANAN Real, Sergio Ramos tak sangka tewas mengejut kepada Girona. FOTO/REUTERS l

Di atas padang, keadaan lebih sukar buat skuad kendalian Zinedine Zidane ketika mereka semakin ketinggalan di belakang Barca dalam pemburuan gelaran Liga.

“Kami tahu kami boleh menukar keadaan ini. Kami akan melalui hari yang lebih baik dan pencabar kami akan hilang mata sepanjang perjalanan musim,” kata Zidane.

“Tiada apa lagi yang boleh kami lakukan, dan kami tahu keadaan akan berubah nanti, perjalanan masih panjang dan saya tidak bimbang.”

Sorakan menyokong kemerdekaan dan ‘kebebasan’ bergema di sekeliling stadium dengan kapasiti 13,500 dekat Montlivi pada minit ke-17 yang biasa kedengaran di Girona dan Barcelona menandakan kejatuhan Catalonia dalam peperangan Sepanyol pada 1714.

PENYERANG Real, Cristiano Ronaldo lesu selepas tewas kepada Girona. FOTO/REUTERS
PENYERANG Real, Cristiano Ronaldo lesu selepas tewas kepada Girona. FOTO/REUTERS

Bagaimanapun dengan kehadiran ramai penyokong Madrid, banyak juga bendera Sepanyol dikibarkan.

“Semua orang tahu Girona, tahu tiada apa yang akan berlaku,” kata jurulatih Girona, Pablo Machin.

“Penyokong menggunakan akal. Mereka mahu ia (situasi politik) segera tamat. Mereka gembira melalui dua jam dengan bola sepak yang hebat.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Oktober 2017 @ 9:50 AM