ZAFUAN (kanan) disenaraikan sebagai penyerang skuad B-19. FOTO/ HAFIZUDIN MOHD SAFAR
ZAFUAN (kanan) disenaraikan sebagai penyerang skuad B-19. FOTO/ HAFIZUDIN MOHD SAFAR
Mohamad Zulfaizan Mansor


JURULATIH skuad bawah 19 tahun (B-19) negara, Bojan Hodak menyenaraikan tiga muka baru untuk mengharungi kempen kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2018 di Paju, Korea Selatan yang akan bermula Selasa hingga 8 November ini.

Tiga pemain itu terdiri daripada pemain skuad Piala Presiden Kedah, Zhafir Yusoff, K Thivandaran (Piala Presiden Pulau Pinang) dan Al Imran Abdul Halim (Liga IPT - UiTM).

Ketiga-tiga mereka menggantikan tempat Faizal Hafiq Omar (Piala Belia Kuala Lumpur), Qamarul Ariffin Norhisham (Piala Belia Kuala Lumpur) dan Awang Faiz Hazziq Awang Fathi (Piala Presiden JDT III) yang digugurkan Hodak.

Daripada senarai 23 pemain yang dikeluarkan hari ini, Hodak turut mengekalkan 20 pemain yang membantu Malaysia muncul naib juara Kejuaraan B-18 AFF 2017 di Yangon, Myanmar, bulan lalu.

Skuad B-19 negara dijadual berlepas ke Korea Selatan Sabtu ini dan akan mengharungi empat perlawanan kelayakan dalam Kumpulan F termasuk berdepan Timor Leste Selasa ini, Brunei (4 November), Indonesia (6 November) dan tuan rumah, Korea Selatan (8 November).

Mengikut format kelayakan, semua 10 pasukan juara Kumpulan A hingga J dan hanya lima naib juara terbaik kumpulan akan layak automatik ke pusingan akhir di Indonesia pada Oktober tahun depan.

Bagaimanapun, enam pasukan naib juara terbaik akan layak sekiranya Indonesia muncul juara atau berada dalam kalangan lima pasukan terbaik naib juara kumpulan.

Senarai 23 pemain skuad B-19:

Penjaga gol: Azri Abdul Ghani, Aiman Arip Zulkarnain, Shafiq Afifi Suhaimi

Pertahanan: Ahmad Tasnim Fitri Nasir, Syaiful Alias, Azhar Apandi, Nabil Hakim Bokhari, Sivan Pillay Asokan, Anwar Ibrahim, Syafiq Danial Romzi, Al Imran Abdul Halim

Tengah: Zahril Azri Zabri, Zhafir Yusoff, Akhyar Rashid, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Nurfais Johari, K Thivandaran, Shafizi Iqmal Md Khirudin, Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan, Ammar Akhmall Alias, Izzuddin Roslan

Penyerang: Hadi Fayyadh Abdul Razak, Zafuan Azeman

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Oktober 2017 @ 11:08 PM