ABU Hanapah (kiri) akan menambah lagi ujian doping pada Kejohanan Malaysia di Sarawak yang bermula hari ini. FOTO/OSMAN ADNAN
ABU Hanapah (kiri) akan menambah lagi ujian doping pada Kejohanan Malaysia di Sarawak yang bermula hari ini. FOTO/OSMAN ADNAN
Fadhli Ishak


DALAM usaha mencegah penyalahgunaan bahan terlarang dalam sukan, Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) memutuskan untuk menambah lagi ujian doping pada Kejohanan Malaysia di Sarawak yang bermula hari ini.

Pemangku Setiausaha PABM, Abu Hanapah Ismail berkata, semua pemenang pingat emas dan perak dalam 16 kategori yang dipertandingkan akan diuji.

“Kami bekerjasama dengan Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) untuk membantu mengadakan ujian,” kata Hanapah.

“Kami rasa (lebih banyak ujian) penting untuk tidak hanya mengesan mereka yang menggunakan bahan terlarang tapi juga mencegah atlet lain daripada menggunakannya.

“Ia penting untuk menjalankan ujian ini jadi kami boleh mengesahkan sebarang rekod kebangsaan yang dicapai di sini.”

Kos tinggi sering menjadi alasan bagi mengadakan ujian doping pada masa lalu.

Lebih kurang RM1,000 diperlukan bagi menguji setiap sampel air kencing atau darah untuk dihantar ke makmal yang diakui Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) di Delhi. Sebelum ini hanya pemenang akan diuji sementara atlet lain akan diuji secara rawak.

Angkat berat, di samping sukan bina badan, dianggap sebagai sukan berisiko atas kesalahan doping.

Kes membabitkan atlet elit kebangsaan sering kali timbul setiap tahun namun atlet di peringkat akar umbi dan negeri tidak dikesan berikutan kekurangan ujian dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Oktober 2017 @ 10:15 PM