ATLANTA, GA - SEPTEMBER 21: Kyle Stanley of the United States plays his shot from the eighth tee during the first round of the TOUR Championship at East Lake Golf Club on September 21, 2017 in Atlanta, Georgia.   Sam Greenwood/Getty Images/AFP== FOR NEWSPAPERS, INTERNET, TELCOS & TELEVISION USE ONLY ==
ATLANTA, GA - SEPTEMBER 21: Kyle Stanley of the United States plays his shot from the eighth tee during the first round of the TOUR Championship at East Lake Golf Club on September 21, 2017 in Atlanta, Georgia. Sam Greenwood/Getty Images/AFP== FOR NEWSPAPERS, INTERNET, TELCOS & TELEVISION USE ONLY ==
Reuters

ATLANTA, Amerika Syarikat: Kyle Stanley meraikan penampilan sulungnya di East Lake dengan menenggelamkan nama besar sukan golf untuk mendahului pusingan pertama dengan enam bawah par 64 pada Kejuaraan Jelajah di Georgia, awal pagi tadi.

Stanley yang menghuni tangga ke-22 kedudukan mata Piala FedEx, mengatasi kekurangan pengetahuan mengenai lapangan itu untuk mengumpul tujuh birdie dan satu bogey dalam keadaan cuaca baik di Atlanta.

Dia mendahului senarai 30 pemain elit dengan dua pukulan di depan rakan senegara dari Amerika Syarikat, Webb Simpson, Daniel Berger dan Brooks Koepka serta pemain England, Paul Casey.

Pendahulu mata Piala FedEx, Jordan Spieth bangkit daripada permulaan buruk untuk mencatat tiga bawah par 67 pada kejohanan penamat musim dalam Jelajah PGA AS itu.

Justin Thomas yang menduduki tangga kedua ranking, turut melakar 67.

Pemenang Piala FedEx akan menerima AS$10 juta (RM42 juta) Ahad ini.

Stanley bertindak cemerlang dengan tiga birdie berturut-turut pada awal saingan dalam laluan mencatat pusingan terbaiknya tahun ini.

“Sudah tentu saya gembira dengan pusingan hari ini,” katanya.

“Kunci lapangan ini, jika anda boleh melakukan tee yang baik anda boleh melakar keputusan baik. Saya sukakan cara lapangan ini disediakan.

“Rough dengan rumput Bermuda sukar ditangani jadi saya cuba memukul ke fairway dan green sebanyak mungkin.” Stanley, 29, sudah menang dua kali dalam jelajah termasuk Quicken Loans National Julai lalu. Dia jarang mencuri tumpuan namun sedar mampu bersaing dengan sesiapa saja jika pukulan puttnya menjadi.

Spieth lega menamatkan saingan pusingan pertama hanya tiga pukulan di belakang pendahulu. “Tiga bawah par satu persembahan mantap di lapangan ini. Saya mungkin perlu meningkat sedikit tapi saya berasa bagus dengan persembahan setakat ini.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 September 2017 @ 9:52 AM