Thailand's Moriya Jutanugarn competes during the Evian Championship women's golf tournament on September 16, 2017 in the French Alps town of Evian-les-Bains. / AFP PHOTO / PHILIPPE DESMAZESPHILIPPE DESMAZES
Thailand's Moriya Jutanugarn competes during the Evian Championship women's golf tournament on September 16, 2017 in the French Alps town of Evian-les-Bains. / AFP PHOTO / PHILIPPE DESMAZESPHILIPPE DESMAZES
AFP

EVIAN, Perancis: Moriya Jutanugarn (gambar) meraih kelebihan satu pukulan menjelang pusingan akhir Kejuaraan Evian, ketika dia mengintai peluang menyamai pencapaian adiknya Ariya muncul pemenang kejohanan utama dari Thailand.

Selepas catatan 68 pada pusingan kedua Kejuaraan Evian yang terjejas kerana gangguan cuaca, dia berada dalam posisi terbaik untuk muncul pemenang kejohanan utama kedua negaranya selepas Ariya, 21, menang kejuaraan Terbuka Wanita British tahun lalu.

Moriya yang berusia 23 tahun menyusuli aksi pembukaan 65 dengan lima birdie untuk unggul dengan sembilan bawah par keseluruhan.

Ketika ribut melanda menyebabkan aksi Khamis lalu tidak diadakan, kejohanan itu dikurangkan kepada 54 lubang dan dia akan berdepan pusingan akhir satu pukulan di depan pemain Jepun, Ayako Uehara.

Ayako, pemenang tiga kejuaraan di Jepun, mencatat 66 bagi lapan bawah par keseluruhan dengan pemain Australia, Katherine Kirk, naib juara Terbuka Wanita British 2010, di tangga ketiga dengan tujuh bawah par selepas 69.

Moriya adalah Pemain Rookie Terbaik Tahunan 2013 namun dia tidak pernah menang dalam Jelajah LPGA.

“Apabila Ariya menang Terbuka British di Woburn tahun lalu, saya menamatkan aksi tidak lama sebelum dia dan sempat menonton aksinya dalam beberapa lubang terakhir,” katanya. “Saya berasa terlalu tertekan dan gementar serta teruja.

“Saya terlalu gembira buatnya. Saya tidak fikir anda terlalu tertekan jika anda yang bermain.

“Hasrat saya adalah untuk memenangi kejohanan pertama saya tapi saya tidak mahu memberi tekanan kepada diri sendiri. Saya berada dalam posisi baik jadi saya fikir ia akan berlaku juga satu hari nanti. Saya hanya perlu terus mencuba.”

Satu-satunya pasangan adik-beradik yang menang dalam Jelajah LPGA adalah Annika dan Charlotta Sorenstam. Annika menang 72 kali manakala Charlotta sekali.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 September 2017 @ 1:35 PM