Giroud dan Rooney sertai Everton musim depan. FOTO News Group Newspapers Ltd/Reuters/PA Press
Giroud dan Rooney sertai Everton musim depan. FOTO News Group Newspapers Ltd/Reuters/PA Press
The Sun

WAYNE Rooney, 31, sah tiada dalam senarai skuad Manchester United yang akan beraksi pada perlawanan jelajah pra musim di Amerika Syarikat, Ahad ini.

Sumber rapat kepada dua kelab terbabit menyatakan perpindahan itu akan berlaku malah jurucakap Old Trafford malam tadi menyifatkan perpindahannya sudah dimeterai.

Penjaring terbanyak United dengan 253 kembali ke Goodison Park selepas 13 tahun meninggalkan kelab berhijrah ke Old Trafford dengan nilai £26.5 juta pound (RM147 juta).

Rooney berkata persetujuan dicapai pada rehat musim EPL dengan mengadakan perbincangan masa depannya dengan isteri Coleen dan beberapa ahli keluarga.

Tidak terdapat sebarang tawaran daripada MLS dan penjaring 53 gol untuk England itu juga tidak mahu membawa keluarganya ke China.

Everton sentiasa menjadi pilihan utamanya.

Rooney berkemungkinan besar akan menyarung jersi nombor 10 dan akan bergandingan dengan Olivier Giroud, 30.

Penyerang Everton Romelu Lukaku dalam proses untuk berhijrah Chelsea dengan nilai £90j pound (RM500 juta).

Peninjau bakat skuad Everton Carlo Jacomuzzi memberitahu radio Itali:

“Kami menandatangani Giroud pada nilai £20j (RM111 juta). Ia pembelian terbaik berbanding £22j (RM122 juta) yang diminta Napoli untuk pemain Colombia, Duvan Zapata.

Pengurus Everton Ronald Koeman membawa masuk lima pemain baru untuk musim baru termasuk penjaga gol Jordan Pickford, pemain pertahanan Michael Keane dan pemain tengah Davy Klaassen.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Julai 2017 @ 1:59 PM